JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SWT

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Go down

Re: JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SWT

Post by zacjb on 17th December 2014, 11:50 pm

17 December menutup tirainya dalam kedinginan larutan human berterusan Dari jam 2 petang tadi

Forum masih sepi. Berehat sebentar dalam menanti Pengeluaran yg dirancangkan tidak lama lagi

InsyaAllah..

zacjb
Warga Tetap
Warga Tetap

Posts : 89
Join date : 21/11/2014
Location : Jb

Back to top Go down

Re: JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SWT

Post by zacjb on 17th December 2014, 6:48 am

17 December membuka tirainya dgn rintik2 titisan hujan

Terasa dingin pagi mencucuk ke tulang

Ya Allah... bantulah kami agar pengeluaran terjadi seperti di rancangkan minggu hadapan

Amin ya rabbal alamin


zacjb
Warga Tetap
Warga Tetap

Posts : 89
Join date : 21/11/2014
Location : Jb

Back to top Go down

Re: JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SWT

Post by blur on 16th December 2014, 1:08 am

Just show us the right path Ya Allah... To U we pray.... Aamiin....

blur
Warga Baru

Posts : 40
Join date : 05/12/2014

Back to top Go down

Re: JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SWT

Post by zacjb on 15th December 2014, 12:11 pm

Kita masih diuji lg.. Ya Allah ... Setelah hampir perancangan PC, kita masih lg diuji dengan anjakan masa 1 minggu.

Ya Allah.. Kami redha dan bersyukur. Kami masih lg diberi kesempatan utk menerima agihan bermula 22 HB.

Ya Allah.. Bantu lah kami agar Pengagihan yg di rancangkan minggu hadapan menjadi kenyataan

Amin ya rabbal alamin

zacjb
Warga Tetap
Warga Tetap

Posts : 89
Join date : 21/11/2014
Location : Jb

Back to top Go down

JIKA HAJAT KITA TELAH TERCAPAI

Post by salamramadhan0 on 11th December 2014, 9:24 am

Jika Hajat Kita Telah Tercapai, maka hendaklah kita menzahirkan rasa penghargaan kita terhadap Allah melalui sujud syukur. Sujud syukur bermaksud sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat Allah. Sujud syukur ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari Allah SWT.
Abi Bakrah meriwayatkan “bahawa Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”.(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Quran, surah Ibrahim, 14:7)

SEBAB-SEBAB SUJUD SYUKUR DILAKUKAN
Secara umumnya sujud syukur itu dilakukan apabila seorang hamba itu mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan kembali sesuatu yang telah hilang atau selamat dari merbahaya.
Dalam hal ini hukum sujud syukur menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang khas.

SYARAT-SYARAT SUJUD SYUKUR
Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.

KAIFIAT SUJUD SYUKUR
Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:
1) Mengadap kiblat
2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.
3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)

HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG
MENGERJAKAN SOLAT
Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

RUKUN SUJUD SYUKUR
1) Berniat untuk sujud syukur
2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
3) Satu kali sujud
4) Memberi salam sesudah sujud

salamramadhan0
Warga Baru

Posts : 8
Join date : 27/11/2014

Back to top Go down

Re: JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SWT

Post by zacjb on 1st December 2014, 7:18 am

Terima kasih at as tazkirah tuan. Kadang2 kita terlupa. Bila ada yg memberi peringatan ni, kita akan tersedar kembali dan refresh balik minda kita . Tk tuan

zacjb
Warga Tetap
Warga Tetap

Posts : 89
Join date : 21/11/2014
Location : Jb

Back to top Go down

JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SWT

Post by salamramadhan0 on 29th November 2014, 10:22 am

Ayahanda Bonda, Sahabat, Muslimin Muslimat Sekalian

Assalamualaikum wbt. Janganlah sampai kita berputus asa dari rahmat Allah swt, akan tetapi carilah rahmatNya yang luas! Jangan berputus asa dan hanya menyerah! Kerana tidaklah seseorang berputus asa, kecuali orang-orang kaafir. Oleh kerana putus asa dari rahmat Allah, adalah salah satu dari dosa-dosa besar dan doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi

Dari Abu Hurairah Rasulullah saw bersabda :
Tiga golongan yang permohonannya tidak akan ditolak, iaitu orang yang sedang berpuasa sampai dia berbuka; seorang imam yang adil; dan seorang yang sedang teraniaya, maka permohonannya diangkat oleh Allah swt sampai ke angkasa dan dibukakan pintu-pintu langit untuk dirinya; lalu Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Tinggi berfirman: “ Demi kejayaan-Ku , pasti Aku akan menolongmu, walaupun beberapa saat kemudian".

Sahabat semua, kita tahu bahawa dana ini adalah dimiliki oleh waris Khalifah Raja Melayu sejak 500 tahun yg lalu, iaitu tabung emas raja-raja melayu di bank dunia, disinilah berilmu Khalifah Raja Melayu dahulu yang Allah anugerahkan, memberi ruang kepada bangsa asing bersama bangsa yang bersubahat mengambil sementara bumi Allah ini dalam keadaan kering kontang dan gersang, kini yang hak akan kembali kepada yang berhak, InsyaAllah.

Ayahanda Bonda, Sahabat, Muslimin Muslimat sekalian, saya insan yang lemah dan sebagai sahabat baru dalam forum ini, memohon ampun maaf dengan coretan ini, oleh itu marilah kita sama hayati lagu pinta dan doa link di atas dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Sekali lagi maaf dipinta kekanda ku Gaza dengan kehadiran coretan ini...


[color=#0000FF]

salamramadhan0
Warga Baru

Posts : 8
Join date : 27/11/2014

Back to top Go down

Re: JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SWT

Post by Sponsored content Today at 1:55 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum