Ya Kepada Imam Mahdi Vs Tidak Kepada Imam Mahdi

View previous topic View next topic Go down

Re: Ya Kepada Imam Mahdi Vs Tidak Kepada Imam Mahdi

Post by matsb181169 on 13th March 2015, 8:52 pm

waaaa dh ada ruangan khas al mahadi . . . .bagus bagus. . berkongsi ilmu

matsb181169
Dato' Seri
Dato' Seri

Posts : 1213
Join date : 23/11/2014
Age : 47
Location : rahsia

Back to top Go down

Re: Ya Kepada Imam Mahdi Vs Tidak Kepada Imam Mahdi

Post by Brkongsi Ilmu on 13th March 2015, 5:29 pm

Begitu pula seorang penulis buku-buku sejarah dan peguam sivil di Kaherah, Muhammad Abdullah Annan (atau ejaan Inggerisnya M. A. Enan), menyebutkan bahwa dongeng Al-Mahdi itu bukannya buatan orang-orang Syiah, walaupun mereka turut menggunakannya. Dongeng semacam ini sudah pun ada dan bermula sejak zaman Nabi SAW lagi. Ada beberapa buah hadis yang bermacam-macam jenis, yang menunjukkan dongengnya Al-Mahdi itu, sedangkan hadis-hadis itu disyaki dan banyak dipertikaikan orang. Ada perkataan-perkataan yang dikatakan datang dari satu kumpulan sahabat utama (asar)… seperti juga halnya Al-Mahdi, ada pula Al-Masihul Muntazir, yang ia berasal dari Yahudi dan di dalam Islam ia mempunyai tempat juga, bercampur aduk dengan kisah Al-Mahdi. Dikatakan orang bahwa Al-Masihul Muntazir akan datang selepas datangnya Al-Mahdi atau dia datang bersama-samanya dan dia berimam dengannya.

Di dalam bukunya yang bertajuk Detik-detik Menentukan dalam Sejarah Islam, beliau yang menganggap kepercayaan terhadap Imam Mahdi itu sebagai dongeng yang dipercayai oleh umat Islam. Beliau bersikap amat sinis terhadap tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang percaya kepada konsep Imam Mahdi, terutamanya al-Kindi dengan menyatakan,

“Suatu keterangan yang ganjil daripada seorang tokoh filsuf yang berfikiran liberal.”

Di sini, Muhammad Abdullah Anan telah melakukan banyak kesalahan, dari yang besar hinggalah kepada yang kecil. Yang besarnya ialah dia menuduh Nabi kita SAW membiarkan berlakunya dongeng Al-Mahdi pada zaman baginda itu, dan menuduh para sahabat yang utama menyebarkan dongeng Al-Mahdi. Kemudian dia mengecam pula secara borong para ulama yang percaya kepada kemunculan Imam Mahdi. Kalau ikutkan mazhab Maliki, Muhammad Abdullah Anan itu hendaklah dihukum pancung karena menuduh Rasulullah SAW cuai semasa menyampaikan ajaran Islam sehingga ada cerita-cerita dongeng yang dibiarkan begitu sahaja tanpa baginda tegah.

Yang kecilnya, beliau begitu prihatin terhadap cendekiawan lain yang percaya kepada kemunculan Imam Mahdi, lalu disindirnya habis-habisan seolah-olah kepercayaan sebegitu adalah suatu kesalahan yang besar dan tidak akan diampunkan oleh Tuhan. Atau mungkin beliau mempercayai ketokohan dan kecendekiawanan al-Kindi itu telah tercemar teruk akibat beliau percaya kepada kemunculan Imam Mahdi. Karena itu, beliau pun berusaha menunjukkan kepada seluruh orang Mesir bahwa al-Kindi telah tersilap percaya dalam kes ini. Atau dia sendiri merasakan dirinya sudah cukup cerdik cendekia sehingga setaraf dengan al-Kindi, sebab itulah dia boleh membangkang apa sahaja yang dirasakannya tidak kena dengan pemikiran al-Kindi itu.

Sebagai seorang peguam yang terkenal, beliau sepatutnya tidak ikut campur tangan dalam perkara yang bukan menjadi bidang tugasnya. Beliau adalah seorang sarjana yang datang dari lulusan undang-undang sivil, bukannya dari kalangan yang berpendidikan agama yang tinggi, dan beliau pun tidak pernah begitu mendalami perkara yang coba diterokanya itu. Hanya dengan mendengar-dengar sahaja beberapa aspek mengenai Imam Mahdi, beliau terus sahaja membuat kesimpulan, tanpa merujuk kepada sumber-sumber yang lebih berwibawa. Maka jadilah beliau seperti tikus yang coba membaiki labu.

Brkongsi Ilmu
Guest


Back to top Go down

Re: Ya Kepada Imam Mahdi Vs Tidak Kepada Imam Mahdi

Post by Brkongsi Ilmu on 13th March 2015, 5:18 pm

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan mereka ( rujukan (I) )menjadi demikian , mengeluarkan pendapat yang jauh bercanggah dengan jumhur ulama dan sebenarnya menimbulkan lebih banyak lagi perpecahan pendapat di kalangan umat Islam, antaranya:

1.Rasa rendah diri kepada dunia Barat yang sedang ‘memerintah’ dunia ketika itu.

2.Kurang ilmu agama, tetapi coba-coba mencampuri urusan agama. Ini berlaku kepada beberapa orang cerdik pandai terutama di Timur Tengah dan Mesir. Akibatnya mereka terjebak dalam perangkap yang sengaja mereka cari dan masuki. Akibatnya, mereka sampai ke tahap merendah-rendahkan peribadi Rasulullah SAW sendiri, sama ada secara mereka sedar atau tidak sedar.

3.Pengaruh persekitaran yang menekan mereka. Ketika itu, umat Islam memang diakui sedang amat lemah dari segala segi. Banyak perbalahan berlaku disebabkan oleh perkara remeh-temeh, khilafiah dan ijtihad semasa. Perbalahan yang berlaku antara pengikut mazhab yang berlainan juga boleh membawa pergaduhan dan pertumpahan darah sesama umat Islam. Antara soal yang sering dipertikaikan termasuklah mengenai diri Imam Mahdi. Karena itu, mereka berasa perlu mencampuri urusan ini dan mengeluarkan pendapat mereka pula, yang mereka rasakan betul, walhal pendapat merekalah yang sebenarnya pelik-pelik dan ganjil-ganjil.

4.Pengaruh pendidikan sekular yang menguasai jiwa dan pemikiran mereka. Maka berdasarkan logik ilmu sains yang dipelajarinya itulah yang diguna pakai untuk menilai, mengkritik dan menghuraikan konsep Imam Mahdi itu, tanpa menyedari pendapat mereka itu tidak sesuai dengan kaedah penilaian, kritikan dan huraian yang sebenar menurut Islam. Memang menurut kaedah sains, Imam Mahdi adalah sesuatu yang tidak logik.

5.Mempunyai sikap merendah-rendahkan golongan ulama terdahulu yang sudah berjasa besar. Antara ulama besar yang sering dijadikan sasaran adalah seperti Imam Ibnu Hajar, Imam as-Suyuti dan Imam Mahyuddin Ibnu Arabi. Mereka ini sering dijadikan mangsa karena mereka inilah yang menyatakan secara berani dan tegas pendapat mereka terhadap konsep Imam Mahdi. Banyaklah komen dan kritikan hebat ditujukan khusus kepada mereka ini, seolah-olah si pengkritik itu adalah lebih bijak, pandai dan takwa daripada yang dikritik. Seolah-olah si pengkritik itulah yang lebih bijaksana dan lebih dalam ilmunya.

6.Memandang rendah agama sendiri. Mereka ini memang datang dari golongan yang mendapat pendidikan sekular, berfikiran sekular dan hidup secara sistem sekular yang dipelajarinya itu. Kesannya, mereka sentiasa memandang rendah setiap apa yang disebutkan oleh para ulama terdahulu berhubung soal-soal agama, termasuklah soal Imam Mahdi ini. Mereka malu dengan agama sendiri dan menganggap agama Islam sebagai agama low-class. Tamadun Barat dipandang lebih tinggi daripada agama Islam.

7.Menolak berlakunya karamah kepada para wali. Dalam hadis dan riwayat mengenai Imam Mahdi, perkara keramat kepada Imam Mahdi itu adalah suatu yang lumrah, dan sekali imbas seolah-olah melebihi apa yang pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW. Karena itulah ramai ulama modern hari ini mempertikai kesahihan hadis-hadis tersebut karena tidak bersesuaian dengan hukum syarak dan logik akal mereka. Bolehkah Imam Mahdi itu mendapat suatu keramat yang kehebatan keramat itu tidak pernah diterima oleh sesiapa pun termasuk Rasulullah SAW sendiri? Demikian antara soalan yang sering dijadikan alasan. Seterusnya, hadis-hadis sedemikian ditongsampahkan sahaja oleh mereka, dan periwayatannya dianggap sebagai suatu cerita dongeng semata-mata.

8.Maukan umat Islam membina kemajuan sendiri yang setanding dengan kemajuan dunia Barat. Jika umat Islam asyik dengan Imam Mahdi sahaja, sampai bila-bila pun mereka tidak akan maju dan akhirnya akan menjadi pengikut kepada kemajuan yang dicipta oleh Barat. Maka mereka harus melupakan Imam Mahdi dan bangun serentak membina kekuatan dan kemajuan sendiri, yang setanding atau lebih maju dari apa yang sedang dikecapi oleh Barat hari ini, katanya.

9.Sengaja mau mencari nama dengan menimbulkan isu-isu sensasi. Golongan sebegini tidak ramai tetapi amat berkesan dalam usahanya mempengaruhi kumpulan umat yang lemah iman dan cetek ilmunya. Biasanya usaha mereka ini dapat dihidu dengan cepat dan dibendung lebih awal. Jika tidak dibendung pun, pasti akan musnah bersama-sama musnahnya si pembawa cerita itu. Lazimnya mereka membawa isu-isu yang berbentuk negatif dan memburuk-burukkan Islam melaluinya.

10.Terpengaruh dengan kaedah Zionis yang berjaya menghapuskan kepercayaan munculnya Messiah daripada khayalan hati sanubari bangsa Yahudi, yang akan menyelamatkan dunia ini, dan mereka kembali semula ke dunia nyata, berusaha membina kekuatan sendiri tanpa perlu mengharap kedatangan sang Messiah itu untuk menyelamatkan mereka. Maka mereka coba menuruti kaedah yang telah terbukti berjaya dilakukan oleh puak sekular Zionis itu, dengan harapan umat Islam tidak lagi hanyut dalam cereka dongeng Imam Mahdi mereka dan kembali semula ke alam nyata. Maksud mereka ialah umat Islam perlu bekerja keras untuk hidup dan maju di dunia ini tanpa memerlukan bantuan daripada Imam Mahdi yang entah bila akan munculnya itu. Demikian anggapan mereka.

Brkongsi Ilmu
Guest


Back to top Go down

Ya Kepada Imam Mahdi Vs Tidak Kepada Imam Mahdi

Post by Brkongsi Ilmu on 13th March 2015, 4:58 pm

(I)Antara nama2 besar yang menentang konsep kemunculan Imam Mahdi/Nabi Isa/Dajal:
1.Ibnu Khaldun
2.Syeikh Mahmud Syaltut
3.Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid
4.Dr. Khalil Haras
5.Syeikh Muhammad Rasyid Ridha al-Qalmuni
6.Syeikh Abdul Mut’al as-Sha’iedi
7.Abul A’ala al-Maududi al-Hindi
8.Syeikh Muhammad Fahim Abu ‘Ubaih
9.Muhammad Abdullah Annan (atau ejaan Inggerisnya M. A. Enan)
10.Syeikh Abdullah bin Zeid
11.Prof. Madya Dr. Abdulfattah Haron Ibrahim

Jika semua diatas menolak hadis mengenai Imam Mahdi/Nabi Isa AS/Dajal, maka apakah tanda-tanda lain juga banyak yang harus ditolak sama seperti Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari sebelah barat, datang api, dimatikan semua orang Islam oleh angin sejuk dan dikumpulkan manusia di Syam karena tidak ada disebutkan di dalam al-Quran.


(II)Antara yang mngatakan Imam Mahdi itu merupakan satu konsep hasil perjuangan bukan berbentuk manusia:
1.Syeikh Muhammad Ali az-Za’bi

(III)Antara nama2 & sahabat2 Nabi SAW yang meyakini & meriwayatkan hadis mengenai Imam Mahdi a.s:
1. Sayidatina Aisyah, Ummul Mukminin RA.
2. Sayidatina Ummu Salamah, Ummul Mukminin RA.
3. Sayidatina Maimunah, Ummul Mukminin RA.
4. Sayidatina Ummu Habibah RA, Ummul Mukminin RA.
5. Sayidina Ali bin Abi Talib KMW.
6. Sayidina Ali al-Hilali RA.
7. Sayidina Abdullah ibnul Abbas RA.
8. Sayidina Abdullah ibnu Umar RA.
9. Sayidina Abdullah ibnu Mas’ud RA.
10. Sayidina Abdullah bin Amru bin al-As RA.
11. Sayidina Abdullah bin Busri RA.
12. Sayidina Abdullah bin Al-Haris RA.
13. Sayidina Abdul Rahman bin Auf RA.
14. Sayidina Al-Abbas bin Abdul Muttalib RA.
15. Sayidina Amru bin Al-As RA.
16. Sayidina Amru bin Murrah al-Juhani RA.
17. Sayidina Amru bin Taghlib RA.
18. Sayidina Ammar bin Yasir RA.
19. Sayidina Abi at-Tufail RA.
20. Sayidina Abu Said al-Khudri RA.
21. Sayidina Abu Hurairah RA.
22. Sayidina Abu Ayub al-Ansari RA.
23. Sayidina Abu Umamah al-Bahili RA.
24. Sayidina Anas bin Malik RA.
25. Sayidina Auf bin Malik RA.
26. Sayidina Buraidah RA.
27. Sayidina Husain bin Ali bin Abi Talib RA.
28. Sayidina Huzaifah bin Al-Yaman RA.
29. Sayidina Imran bin Husain RA.
30. Sayidina Jabir bin Abdullah RA.
31. Sayidina Jabir bin Samurah RA.
32. Sayidina Jabir bin Majid as-Sadafi RA.
33. Sayidina Jubair bin Nufair RA.
34. Sayidina Kirrah al-Muzani RA.
35. Sayidina Mustaurid al-Qurasyi RA.
36. Sayidina Muaz bin Jabal RA.
37. Sayidina Nafik bin Uqbah bin Abi Waqqas RA.
38. Sayidina Osman bin Affan RA.
39. Sayidina Qais bin Jabir RA.
40. Sayidina Salman Al-Farisi RA.
41. Sayidina Sauban RA.
42. Sayidina Talhah bin Ubaidillah RA.
43. Sayidina Tamim ad-Dari RA.
44. Sayidina Zubair bin Al-Awwam RA.

Riwayat mengenai Imam Mahdi juga disebut oleh lima orang tabiin melalui hadis-hadis mursal:.
Mereka yang berlima itu adalah;

1. Said bin Al-Musayyab RH.
2. Imam Al-Hasan Al-Basri RH.
3. Qatadah RH. 4. Syahar bin Haushab RH.
5. Mumar RH.

Seluruh nama sahabat RA yang meriwayatkan hadis mengenai Imam Mahdi ini dikumpulkan daripada hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam as-Suyuti RH, Imam Ibnu Hajar al-Haitami RH, Imam Abu Nuaim RH dan Grand Muhaddith Syeikh Abdullah bin Sadek, Ph.D. Oleh karena mereka semuanya adalah ahli hadis yang pakar-pakar pada zaman masing-masing serta diakui pula oleh seluruh umat Islam akan kealiman mereka, maka hadis-hadis yang mereka riwayatkan dan nama- nama sahabat RA yang dibawakan itu kita terima, kita susun dan dibukukan.

Maka hasilnya adalah seperti yang telah disebutkan di atas. Jika anda yakin dan jika banyak massa yang mengizinkan, lebih baik dijadikan rujukan dan samakan semula kepada kitab-kitab yang dikarang oleh 44 orang ulama yang dijadikan sandaran rujukan itu. Hal ini juga sangat baik sebagai suatu usaha untuk memantapkan lagi ilmu kita yang sebenarnya masih amat cetek ini.

Brkongsi Ilmu
Guest


Back to top Go down

Re: Ya Kepada Imam Mahdi Vs Tidak Kepada Imam Mahdi

Post by Sponsored content Today at 1:57 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum